MengenaiMapim.jpeg
Shadow
MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia)

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jawatankuasa ini ditubuhkanpada 11 Julai 1996 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang diadakan di DBP cawangan Sarawak. Secara rasmi, MAPIM telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MAPIM pada 22 Mei 1997. Pelantikan ahli MAPIM dibuat oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Jawatankuasa Pemandu MAPIM yang juga, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada ketika ini MAPIM dianggotai oleh 27 anggota terdiri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit IPTA, institut penyelidikan dan agensi kerajaan.

 

OBJEKTIF MAPIM

  • Berusaha meningkat dan memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia khususnya di kalangan penerbit IPTA, pusat penyelidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.      
  • Mengadakan kerjasama dan penyelarasan penerbitan ilmiah dari semasa ke semasa di kalangan penerbit ilmiah Malaysia, pusatpenyelidikan, Dewan Bahasa & Pustaka dan penerbit lain yang terlibat. 
  • Membina prasarana penerbitan ilmiah khususnya dari segi dasar kewangan,struktur dan organisasi editorial, pengeluaran, pemasarandanlatihan. 
  • Mewujudkan rangkaian pertukaran maklumat yang berguna bagi tujuan meneliti kemajuan dan secara khusus untuk mengelakan pertindihan dan pembaziran tenaga, kepakaran, masa dan kewangan.
  • Mengadakan pertemuan dalam bentuk mesyaurat majlis dari semasa ke semasa bagi membincangkan kepentingan dan pembangunan penerbitan ilmiah.
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK