mapim.jpeg
Shadow

ANUGERAH MAPIM

 

Senario penerbitan ilmiah dalam kalangan ahli MAPIM telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terutama pada beberapa tahun mutakhir ini. Peningkatan kematangan penerbit ilmiah sedia ada serta penubuhan penerbit-penerbit baharu menjadi antara faktor penyumbang senario ini. Selain itu, pelbagai pendekatan, galakan dan insentif yang cuba diterap pihak pengurusan institusi pendidikan dan penyelidikan terhadap bidang penulisan telah membentuk gelombang kesedaran dan suntikan minat para ahli akademik dan penyelidik untuk menambah giat usaha penerbitan. Bagi memastikan kerancakan ini berterusan, MAPIM sebagai sebuah badan yang menaungi penerbit-penerbit ilmiah di Malaysia mengambil inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para ilmuwan dan karyawan dengan menganjurkan Anugerah MAPIM ini. Bersempena penganjuran Majlis Anugerah MAPIM 2007 yang telah diadakan pada 21 Februari 2008bertempat di Putrajaya, mantan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dalam ucapannya menegaskan bahawa Anugerah MAPIM perlu dianjurkan setiap tahun.

 

KONSEP ANUGERAH MAPIM

Anugerah MAPIM merupakan anugerah tahunan yang merangkumi tiga kategori utama iaitu :

1) Kategori Anugerah Buku Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

2) Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

3) Kategori Anugerah Editor Naskhah Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

Pemberian anugerah MAPIM ini adalah berdasarkan hadiah atau pengiktirafan yang telah diperoleh, iaitu dengan memilih yang terbaik di dalam hasil penulisan dan profesion masing-masing.

 

OBJEKTIF ANUGERAH MAPIM

  • Memberi pengiktirafan kepada anggota MAPIM atas usaha mereka memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada karyawan atas sumbangan cemerlang yang diberikan dalam bidang penerbitan ilmiah.
  • Mendorong, merangsang dan menggalak ahli akademik dan penyelidik menyumbang ilmu menerusi penerbitan ilmiah imprin anggota MAPIM
  • Meningkat daya saing dalam kalangan anggota MAPIM untuk menghasilkan bahan penulisan yang berkualiti.
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK