Terbitan terkini Penerbit UMPSA 2023
TERBITAN TERKINI PENERBIT UMPSA 2023
 
Judul: Sahabat Perjalanan PhD
Penulis: Fatmawati Latada, Norhidayah Mohamad Nawawy, Rohana Hamzah, Nasratun Mangat, Nur Atiqah Mohd Nor
ISBN: 978-967-2831-96-9
Harga: RM 36.00
 
Buku ini merupakan himpunan penulisan yang membincangkan proses penyempurnaan PhD dan cabaran yang datang bersamanya. Keberadaan buku ini bertujuan memberi bacaan alternatif kepada mereka yang berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Pendekatan buku ini adalah santai tapi sampai, yang mana cabaran dan kesilapan yang dilalui oleh penulis dirungkai, dan daripadanya dipetik panduan serta petua agar calon PhD terhindar daripada kesukaran yang sama.
 
Buku ini memaparkan perjalanan PhD dari sudut kemanusiaan, kepelbagaian emosi; rebah dan bangkitnya seseorang calon untuk berjaya. Yang menariknya, buku ini akan berjalan bersama-sama anda, menelusuri proses dan cabaran di setiap fasa, bermula dari penyediaan kertas cadangan kajian, pemilihan penyelia, instrumentasi, analisis data, sehinggalah kepada bab diskusi dan juga viva voce.
 
Harapan penulis agar pembaca yang masih melalui perjalanan yang murni ini kekal tabah dan bersemangat menuju ke garisan penamat!
 
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK