Majlis Anugerah MAPIM-KPT Kali ke-14 2023
22 Disember 2023 l Putrajaya
 
Majlis Anugerah MAPIM-KPT Kali ke-14 berlangsung di Dewan Za’ba Kementerian Pendidikan Tinggi bermula pukul 9.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
 
Majlis ini dihadiri oleh lebih daripada 200 tetamu terhormat, termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Pengerusi MAPIM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pengarah/Ketua Penerbit, para penerima anugerah, dan wakil-wakil Penerbit yang merupakan aset penting dalam komuniti MAPIM.
 
Majlis anugerah ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam dunia perbukuan di Malaysia serta menghargai sumbangan dan usaha pengkarya dalam menghasilkan karya akademik ilmiah. Antara momen yang membanggakan adalah pengumuman 70 penerima Anugerah Utama dan Anugerah Penghargaan dalam 18 kategori, merangkumi pencapaian tahun 2021 dan 2022.
Penghargaan ini bukan hanya sekadar ganjaran, tetapi juga satu tanda penghormatan atas kecemerlangan dalam sumbangan kepada dunia penerbitan.
Kejayaan majlis ini tidak hanya mencerminkan kecemerlangan dalam penerbitan ilmiah, tetapi juga menonjolkan semangat kebersamaan dan komitmen untuk memajukan bidang ini.
Terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) kerana menyokong inisiatif ini.
Majlis Anugerah MAPIM-KPT Kali ke-14 adalah satu peristiwa gemilang yang menampilkan komitmen komuniti akademik terhadap pencapaian kecemerlangan dalam bidang penerbitan ilmiah.
 
 
Lebih gambar boleh di muat turun di
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK