TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026 PERUBAHAN MEDIA DAN TSUNAMI POLITIK MALAYSIA
TERBITAN BAHARU UUM PRESS DI PBAKL 2026
PERUBAHAN MEDIA DAN TSUNAMI POLITIK MALAYSIA
Mumtaz Aini Alivi, 2026
ISBN 978-629-491-288-5, 166 hlm., RM38.00
Media memainkan peranan yang besar dalam mencorak politik sesebuah negara. Perkembangan pesat teknologi turut mengubah landskap politik negara yang tidak pernah dijangka akan berubah dengan drastik kesan daripada penggunaan meluas media baharu. Lebih 60 tahun landskap politik negara tenang tanpa banyak kejutan dalam setiap pilihan raya melalui mesej-mesej politik yang diterima rakyat daripada media tradisional. Tetapi, tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum tahun 2018 merubah segalanya. Ternyata media baharu merupakan ejen perubahan yang amat memberikan kesan kepada perjalanan politik negara yang penuh kejutan, kerana kandungannya yang lebih bebas dan lebih menyeluruh berbanding media tradisional yang telah mendominasi sejak merdeka.
Buku ini boleh menjadi rujukan penting dalam bidang akademik, pemimpin politik, pengamal media dan juga masyarakat yang mahu mendalami impak perubahan media dalam landskap politik Malaysia. Adakah media baharu membuka lebih kebebasan media dan lebih telus dalam membawa mesej politik kepada rakyat untuk menilai wakil rakyat dan parti politik? Kupasannya di dalam buku Perubahan Media dan Tsunami Politik Malaysia.
 
Social Media
 

Contact Us

  ruziah@utem.edu.my
  +606-2701081
  Setiausaha, MAPIM

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Penolong Setiausaha, MAPIM

Secretariat

  nadzir@usim.edu.my
  +606-7988046
  Urusetia, Penerbit, USIM

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK