SESI REPUBLIKA MERAH DAN PERASMIAN BUKU TERBITAN PENERBIT UMPSA DI PBAKL 2026

Sesi Republika Merah dan Perasmian Buku Terbitan Penerbit UMPSA di PBAKL 2026
Majlis perasmian buku terbitan baharu Penerbit UMPSA telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Dua naskhah istimewa diperkenalkan kepada para pengunjung. Antaranya komik baharu daripada pasukan Survival Statics yang mengisahkan lima sahabat terperangkap di dalam gua di Sungai Lembing dan perlu mengaplikasikan teori Dynamics untuk mencari jalan keluar.

Turut dilancarkan sebuah buku interaktif berkaitan dunia perniagaan yang tampil dengan ilustrasi berwarna-warni serta gaya penyampaian santai dan mudah difahami.
Sesi yang berlangsung meriah ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung PBAKL 2026. Pengunjung yang hadir turut menerima baucar eksklusif Penerbit UMPSA sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sesi ini dan terus menyokong usaha memperkasa budaya membaca serta penerbitan ilmiah negara.

Media Sosial
 

Hubungi Kami

  ruziah@utem.edu.my
  +606-2701081
  Setiausaha, MAPIM

  amirul@umk.edu.my
  +609-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  nadzir@usim.edu.my
  +606-7988046
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK