BENGKEL TESIS KE BUKU PENERBIT UniSZA 2026

BENGKEL TESIS KE BUKU PENERBIT UniSZA 2026.
Tarikh: 28–29 April 2026 (Selasa – Rabu)
 Masa: 8:30 pagi – 4:30 petang
 Tempat: Dewan Auditorium Perpustakaan, UniSZA

Adakah anda mempunyai tesis yang berpotensi untuk diterbitkan sebagai buku? Inilah peluang untuk mempelajari prosesnya secara lebih tersusun dan praktikal.
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput para pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah untuk menyertai Bengkel Tesis ke Buku 2026, sebuah bengkel yang memberi pendedahan tentang bagaimana hasil penyelidikan akademik boleh diolah menjadi sebuah buku ilmiah yang berkualiti dan berimpak

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Puan Normala Mohamad Yusof, Perancang Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan dan penerbitan ilmiah.
Sepanjang bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan teknik mengolah tesis kepada manuskrip buku, aspek bahasa dan penyuntingan, serta panduan penerbitan yang lebih sistematik.
Yuran Penyertaan
• Staf UniSZA – RM200
• Peserta luar UniSZA – RM300
Makan dan minum peserta disediakan.
Tempat adalah terhad.
Imbas kod QR pada poster atau hubungi:
Puan Siti Zakiah Ngah – 016-984 9356 untuk pendaftaran.
Boleh juga membuat pendaftaran melalui : https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdeokkOH0A.../viewform...
Marilah bersama memperkasa budaya penerbitan ilmiah dan menyebarluaskan ilmu demi manfaat masyarakat.

Media Sosial
 

Hubungi Kami

  ruziah@utem.edu.my
  +606-2701081
  Setiausaha, MAPIM

  amirul@umk.edu.my
  +609-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  nadzir@usim.edu.my
  +606-7988046
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK