Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada 13 penerbit dari seluruh Malaysia yang menyemarakkan Karnival Semarak Ilmu 3.0 di Universiti Malaysia Kelantan dengan semangat keilmuan, kolaborasi dan karya berkualiti.
Turut dirakam, momen kenangan bersama YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK, dan En. Hairuladzhar Mohd Hamdi yang menjalankan fungsi Ketua Pustakawan, sebagai simbol sokongan padu terhadap dunia penerbitan.
Sokongan pimpinan universiti serta keterlibatan aktif MAPIM menjadi pemangkin untuk terus memartabatkan industri penerbitan ilmiah negara.
Bersama memacu masa depan ilmu!