SENANG BERSAMA PENERBIT UMT
Buku pertama hasil nukilan peribadi diterbitkan pada tahun 2017. Buku travelog kelulut - "Kembara Kelulut Semenanjung Malaysia". Bukan kepalang gembiranya hati. Tercapai impian.
Proses menukilkan pengalaman ini sehingga menjadi sebuah bahan bacaan banyak dipermudahkan oleh kakitangan di Penerbit UMT. Banyak ilmu-ilmu baharu, selok belok penerbitan diperolehi di sepanjang bersama Penerbit UMT.
Proses itu sendiri merupakan sebuah perjalanan yang amat manis untuk dikenang. Pengalaman awal ini juga menjadi bahan pelincir memudahkan penghasilan banyak lagi karya-karya yang kemudiannya dinukilkan.
Semenjak buku pertama yang diterbitkan pada tahun 2017, sudah 9 buku diterbitkan di bawah naungan Penerbit UMT. Kita senang dan puas hati berurusan dengan mereka kerana banyak urusan dipermudahkan.
Semua manuskrip akan diwasitkan oleh pakar-pakar bidang yang akan memberi ulasan dan komen bagi penabahbaikan. Bukan calang-calang wasit yang dipilih untuk memberi ulasan.
Tempoh dari awal manuskrip dihantar, dinilai, ditambahbaik dan diterbitkan mengambil masa yang tidak panjang. tempoh penantian yang tidak menyeksakan.
Manuskrip yang sudah ditambahbaik akan dibantu dari segi penyuntingan, letak grafik, tema dan proses-proses penyuntingan akhir yang berkaitan.
Penerbit UMT juga turut terlibat di dalam mempromosi buku yang diterbitkan melalui pelbagai saluran termasuk pameran, bedah buku, media sosial, jualan pecah gudang, roadshow dll.
Melalui inisiatif dan sokongan Penerbit UMT, Buku-buku di bawah naungan Penerbit UMT banyak memenangi pelbaga anugerah buku berprestij negara. Ada di antara anugerah yang tidak disangka-sangka ini agak lumayan.
Paling mendamaikan hati dan menjadi pembakar semangat ialah royalti hasil titik peluh kita memerah ilham ialah dibayar dengan kadar yang buat kita sentiasa senyum setiap 3 bulan. Lepaslah untuk belanja kawan-kawan. Menulis dan mendapat bayaran.
Terakhirnya ialah jelmaan kepuasan. Dapat memegang dan menatap hasil karya sendiri diterbitkan, tidak dapat diterjemahkan dengan sebarang perkataan.
Terimakasih Penerbit UMT kerana sentiasa menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan menukilkan ilham-ilham yang ada masa dan ketika membuak-buak untuk dikongsikan.
Teruskan perkhidmatan yang baik ini dan penuh dedikasi demi menghasilkan penerbitan berkualiti.
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK