Kursus Editor untuk Bukan Editor
Kenapa Kursus Editor untuk Bukan Editor diperkenalkan?
Isu Jalur Gemilang yang tersilap diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini membuka mata ramai pihak tentang betapa besarnya tanggungjawab seorang editor. Semakin ramai yang mula bertanya siapakah yang patut bertanggungjawab dan apakah sebenarnya peranan seorang editor? Editor bukan sekadar semak ejaan atau cari salah orang. Hakikatnya, seorang editor memikul beban besar yang boleh memberi kesan kepada imej, integriti dan kepercayaan masyarakat.
Malangnya, dunia editorial sering disalah erti, dianggap misteri dan dipandang sepi. Banyak andaian keliru seperti “kerja editor semua orang boleh buat” atau “editor ini berlagak pandai” menyebabkan kerjaya ini makin terpinggir.
Lebih membimbangkan, apabila skim penerbitan dijumudkan di IPT, ramai pegawai tanpa asas editorial terpaksa menggalas tanggungjawab ini tanpa latihan formal.
Atas kesedaran ini, Penerbit UMPSA memperkenalkan Kursus Editor untuk Bukan Editor iaitu satu inisiatif dalam bentuk kursus pendek, santai tetapi padat ilmu. Sebanyak 40 siri akan dijalankan, membongkar selok-belok dunia editorial dan penerbitan yang sering disalah faham.
Sudah tiba masanya kita buka mata dan beri penghargaan kepada profesion yang tidak pernah ke hadapan, tetapi sentiasa memegang amanah yang amat besar di belakang tabir.
Tajuk: 40 Kategori dan Fungsi Editor
Tarikh: 24 Julai 2025
Masa: 3:00-4:30 petang
Pautan Pelantar: https://msteams.link/ZK3I
MATA CPD DISEDIAKAN BAGI STAF UMPSA YANG MENYERTAI
.
Media Sosial
 

Hubungi Kami

  amirul@umk.edu.my
  +09-7717187
  Setiausaha, MAPIM

Urusetia

  suhairi.m@umk.edu.my
  +609-7797297
  Urusetia, Penerbit, UMK

Webmaster

  hanif.i@umk.edu.my
  +609-7797585
  Webmaster, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK