Pernahkah anda diuji dengan sesuatu yang membuatkan hati terasa berat? Harta, pangkat, keluarga atau mungkin rasa kehilangan?
Dalam podcast kali ini, kita akan menyelami sebuah buku yang begitu menyentuh hati iaitu karya Muhd Kamil Ibrahim tentang hakikat ujian dalam hidup kita. Sejauh mana kita mampu bertahan? Bagaimana kita harus menghadapi ujian tanpa terperangkap dalam kesedihan dan kekecewaan?
Saya sendiri saat membaca buku ini, tidak dapat menahan air mata. Begitu mendalam mesejnya. Setiap helaian membawa kita merenung, menginsafi dan akhirnya menyedari ujian bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menguatkan jiwa.
Jika anda sedang bergelut dengan perasaan, mencari ketenangan, atau memerlukan suntikan motivasi, jangan lepaskan peluang untuk mendengar episod kali ini. Mungkin ini adalah jawapan yang anda cari.
Saksikan di PODCAST: BUKA BUKU GALI CERITA EPISOD 02 anjuran Penerbit UMPSA dan UMPSA Advanced dengan kerjasama Pusat Komunikasi Korporat.
.
Moderator: Dr. Rozaimi Abu Samah
Pembedah: Puan Haslinda Hashim
Tarikh: 26 Mac 2025 (Rabu)
Masa: 2:00-3:00 petang
.
Judul Buku:
Bersyukur Saat Diuji
Secara langsung di FB Penerbit UMPSA: https://www.facebook.com/penerbit.universitimalaysiapahang/
.